Tuesday, July 27, 2010

BICARA UMMI

BICARA UMMI

Asslamualaikum buat anak-anak Ummi,...........penghuni Aspura dan Aspuri.............Didoakan agar sentiasa mendapat perlindungan dan rahmat Illahi..............................................

Putera dan puteri tercinta kerana Allah.................

Kita telahpun menghampiri bulan Julai...........Subhanallah pantasnya masa berlalu.....Bagaimana agaknya kualiti iman dan ibadah?Dah mula penambahan atau sebaliknya?Kalau dah ada tanda-tanda peningkatan iman............Alhamdulillah itu tanda Allah dah pilih kita menjadi ahli Syurga....Aamin....Tapi kalau sebaliknya.....apa tunggu lagi.Ingat pesan Nabi,buat 5 sebelum 5...masa sihat sebelum sakit....masa lapang sebelum sempit...masa muda sebelum tua macam Ummi ni...masa kaya sebelum miskin...masa hidup sebelum mati....Apa lagi jom sama-sama buat perubahan.Apa yang kita nak buat ye?okeylah anak-anakku hayatilah perkara yang Ummi nak bicarakan dengan antum kali ini.....Tajuknya"HIDUP UNTUK MEMBERI"...

Anak-anakku ,.........Antum tahu tak, rupa-rupanya orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang banyak memberi .....macam mana ye perkara ini boleh terjadi?Bukan ke dengan banyak menerima kita akan mendapat lebih,dan sebaliknya memberi itu hanya akan mengurangkan apa yang ada pada kita......Macam mana nak ada masa untuk diri sendiri kalau asyik nak kena buat kerja dakwah untuk maslahat orang lain............?

Ya,,,,anakku............Itu semua hanya persepsi kita sahaja.Insan kerdil yang tak tau apa-apa..Hakikat sebenarnya amat berbeza.Memberi itu bukan mengurangkan bahkan menambahkan......Nak tau macam mana?,,,,,

Sudah menjadi Sunnatullah.......orang yang berjaya pada tahap''biasa-biasa'' ialah orang yang membawa hanya dirinya sahaja berjaya.Tetapi orang yang berjaya pada tahap luar biasa ialah orang yang membawa orang-orang lain berjaya bersamanya.......''No man becomes rich unless he enriches others''.Hakikatnya ini bukan sahaja dilihat dari segi material atau maddiyyah,malah dari sudut ilmu,iman dan takwa.Orang yang paling beriman,bertakwa dan berilmu ialah orang yang membawa orang lain bertakwa,beriman dan berilmu bersamanya...Best tak anak-anak?Persoalannya,bagaimana hendak membawa orang lain bersama kita?Ye,untuk itu kita mesti amalkan sikap memberi...........Kita beri ilmu pada kawan,kita beri pimpinan pada adik-adik....Kita memberi panduan pada rakan-rakan....Kita taburkan kebaikan kepada orang disekeliling kita....Kita murahkan senyuman pada rakan dan taulan...Kita berikan rahmat pada adik-adik....Kita berikan hormat [ada orang yang lebih tua...Kan senang untuk jadi orang yang berjaya....Betul tak?Jangan bakhil menabur kebaikan..Tak rugi apa-apa pun...Malah tangan yang menghulur bunga mawar pastinya berbau harum...............

Anak-anakku.....

Usiamu masih terlalu mentah untuk memahami apa yang tersirat di sebalik sifat Al-Wahhab Allah Yang Maha Agung………….Tapi tidak mengapa marilah sama-sama kita renungi sejenak sifat yang maha Al-Wahhab ini…Kita dituntut untuk meniru sifat Al-Wahhab pada hamba-hambaNya walaupun mustahil untuk kita mampu menyamaiNya…Bagaimana agaknya sifat Al-Wahhab Allah ini?......

Pertama anakku….Allah memberi tanpa pinta dibalas….Berbeza dengan kita manusia…Tak habis-habis nak balasan…Tolong ibu nak dapatkan perhatian…Tolong abang nak dapatkan pertolongan dalam pelajaran..Tolong kawan sebab nak pinjam barang…Tolong cikgu sebab nak dapat markah tinggi….Aaahhh………..macam-macam lagilah..Kita sebenarnya meminta terlalu banyak dari Allah.Ironinya walaupun pinjaman itu tertunggak,namun Allah tidak pernah nak menarik semula nikmat pinjamannya kepada kita.Usahkan untuk membalasnya,untuk mengiranya sahaja manusia tidak termampu.Allah tidak pernah memerlukan makhluknya,sebaliknya makhluk yang memerlukannya.Pernah tak anak-anak terfikir andai Allah menghentikan pemberianNya kepada kita,apa yang akan berlaku kepada dunia ini…Tetapi tidak begitukan?Walau menggunung “hutang” kita dengan Allah,namun Allah tetap memberi kerana Allah memberi tanpa minta dibalas,….

Kedua anakku….Allah memberi sebelum diminta…Rata-rata dari kita biasanya hanya member selepas dipinta…..Betul tak?Ibu minta kita tolong jaga adik…Ibu kita minta tolong lipat kain…Ibu kita minta masak nasi…Ibu kita minta dan minta dan minta tolong dari kita…Tak patutkan?Allah sebaliknya…Dia sentiasa member walaupun kita terlupa nak minta…Kita tak minta sihat…Allah beri kesihatan.Kita lupa nak minta perlindungan,Allah jaga dari malapetaka…Kita lupa nak minta hidayah,Allah lemparkan Islam dalam jiwa…Kita lupa nak mohon kebaikan dunia,Allah beri kita makan dan minum..Bayangkan anak-anak sekiranya Allah itu hanya memberi bila dipinta,apa akan berlaku?Boleh bernafaskah kita saat ini,sedangkan pagi tadi kita lupa mohon “oksigen”Nya?Mujur dan syukurlah,sifat Al-Wahhab Allah it uterus proaktif,memberi dulu,kini dan selamanya,walaupun kita manusia sering alpa untuk memintaNya.

Ketiga anakku ….Allah memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan……

Allah telah berikan kita macam-macam nikmat.Harta , kuasa , ilmu , kesihatan , iman , Islam….Nikmat Zahir dan Nikmat Batin…Kedua duannya berjalan serentak…Kita dapat makan dan minum dalam masa yang sama kita kita diberi kefahaman ilmu…Kita dapat pakaian dan duit , dalam masa yang sama Allah tak lupa beri hidayah dan pertunjuk kebenaran…..Untuk apa semua nikmat ini….?Ya! Allah beri kita harta , agar kita bersedekah…Allah beri kita ilmu agar kita mengajar dan berdakwah…Allah beri kita iman , agar kita berbaik-baik , berkasih sayang keranaNya dan berukhuwwah sesame manusia , kepada haiwan , timbuhan malah kepada alam semesta…Tegasnya , Allah bukan sahaja memerintahkan kita menjadi orang yang baik malah mesti memberi kebaikan pada orang lain…Ingat tak pesan Nabi kita?Orang yang paling baik antara kita adalah orang yang paling bermanfaat pada orang lain….Senangkan nak peroleh pahala?.....

UNTUK ITU ANAKKU JOM KITA TIRU SIFAT AL-WAHHAB INI……

A’id al-Qarni penulis buku La Tahzan (Jangan bersedih)pernah berkata “Orang yang pertama mendapat manfaat daripada sesuatu kebaikan ialah orang yang melakukukannya” Sebab itu beliau menganjurkan , jika kita bersedih atau bermuram durja , carilah seseorang dan gembirakannya….. Nescaya kita akan mendapat kegembiraan semula …. Tidak susah untuk mengembirakan orang lain kan ?..... Mungkin hanya dengan kata-kata yang baik , mungkin cukup dengan sekuntum senyuman pada wajah saudaranya seislam , ataupun sekadar berdoa untuk kebaikan orang lain …. Berilah kegembiraan kepada orang lain , pastinya kegembiraan itu akan datang balik ke-ada kita …. What you give , you get back … Ini hukum alam … sunnatullah …. What goes around , comes around ….

Anak-anakku …. Akhirnya ambillah peluang keemasan untuk banyak memberi ini ….Memang orang suka bila terima hadiah … tapi sebaliknya si pemberi hadiah itu lebih suka dan gembira kerana tahu hadiahnya dihargai dan menggembirakn orang lain…Ayuh bersama-sama kita berubah untuk lebih banyak memberi daripada hanya menerima…Kerana janji Allah termaktub dalam firmanNya : ”Bandingkan (derma) orang yang membelannjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai,,,tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapapun dikehendakiNya:Dan Allah Maha Luas(rahmat) dan kurniaNya,lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”Surah Al-Baqarah 2:261……

Subhanallah…..Alangkah pemurahnya Allah….

Bergerimbalah jiwa-jiwa yang mudah memberi tanpa diminta…Bukan beri apa-apa…Tapi beri kebaikan kepada orang lain….Beri ketenangan untuk orang lain….

Berdoalah anak-anakku agar dirimu menjadi orang yang memuliakan kebaikan….Bukan hanya menunggu datangnya kebaikan…Yakinilah,percayalah….Allah sentiasa bersama hambaNya yang menghulur kebaikan keranaNya tanpa diminta…….Sesungguhnya janji Allah itu sentiasa benar….Dan pastinya benar……

Berilah wahai anakku sedekah itu dengan hatimu…..Berilah sedekah dengan lisanmu……Berilah sedekah dengan perbuatanmu…..Nescaya dirimu menjadi jutawan yang kaya di dunia dan tidak fakir di alam yang kekeal abadi…..

Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan dunia dan akhirat kita semua….Amiiin….Ya Rabbal Alamin…..

YA ALLAH…..YA RAHMAN….YA RAHIM…..AKU HANYA HAMBAMU YANG SANGAT LEMAH….YANG SENTIASA MENDAMBAKAN RAHMAT DAN KEAMPUNANMU….KAU RAHMATILAH DAKU DAN KAU AMPUNILAH DOSA-DOSAKU…….DENGAN ITU AKU MAMPU MENJADI HAMBA YANG KAU REDHAI…..

Salam sayang,

Al-Haqirah ila Rabbiha…..

Ummu Syaima’….

21:30 malam…

Friday, July 16, 2010

BICARA UMMI 2

Kalau Benar Diri Cintakan Rasul.....Buat anak-anakku tercinta dan yang ummi kasihi kerana dirimu adalah mujahid dan mujahidah Allah.......

Kehadiran Bulan Rabiulawal Tahun Gajah mengingatkan kita akan kelahiran Nabi besar junjungan kita Muhammad s.a.w.. Justeru kita memperingati Maulud Nbi s.a.w. untuk mengungkapkan rasa kasih yang tidak berbelah bahagi kepada Rasulullah s.a.w. yang tercinta.

Perayaan atau peringatan Maulud yang disambut pada bulan Rabiulawal adalah sebagai pernyataan daripada cinta Muslim kepada Nabinya.Sejarah mencatat bahawa asal mulanya perayaan ini diadakan pada abad keempat Hijrah setelah tentera salib menyeru Palestin yang ketika itu terletak dalam kekuasaan umat Islam.Kemenangan ini disambut dengan perayaan Hari Natal secara besar-besaran.Lantas bagi mengembalikan kembali semangat umat Islam yang kian luntur itu,maka diadakan perayaan Maulid Nabi.Setelah 200 tahun lamanya dijajah,akhirnya tentera salib berjaya diusir dari Palestin di bawah pimpinan Salahuddin Al-Ayyubi.

Anak-anakku ketahuilah olehmu...........

Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang di antara manusia yang teragung yang dikenal oleh sejarah peradaban manusia.Dari perspektif agama Islam,Nabi Muhammad s.a.w. adalah Rasul utusan Allah s.w.t. yang menjadi 'pemberi peringatan',mula-mula bagi bangsa Arab,dan kemudian bagi seluruh umat manusia.

Umat Islam dituntut bukan hanya untuk menghayati ajaran baginda,tetapi juga memantapkan cinta dan penghargaan di atas jasa-jasa serta pengorbanan baginda menegakkan syiar Islam.Justeru kerana jasa dan pengorbanan Rasul,serta atas dasar pemberian hak penghormatan itulah,sehingga Allah s.w.t. dan para malaikat mencurahkan rahmat dan memohon maghfirah untuk baginda serta menganjurkan umat Islam untuk menyampaikan selawat dan salam sejahtera kepada Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga baginda.

Mengingati Rabiulawal,bulan kelahiran Nabi Muhaamad s.a.w. pada tahun ini, seharusnya benar-benar menjadi titik tolak kesedaran umat Islam di negara ini bagi memperkukuhkan perpaduan serta meningkatkan iman,takwa dan amal salih.Kita imbas dan gali kembali perjuangan Rasulullah s.a.w. dengan niat mencontohi dan mempraktikkannya dalam kehidupan sehari-hari.Terlalu banyak untuk diperkatakan tentang keagungan dan keprihatinan Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi teladan bagi semua peringkat manusia.Baginda adalah sebaik-baik makhluk Tuhan seluruh alam.

Anak-anakku sedarlah................

Perayaan yang kita sambut adalah sebagai bukti cinta,iaitu kenikmatan menyebut nama orang yang kita cintai.Nama insan agung yang dikasihi oleh makhluk di langit mahupun di bumi.Tahukah kamu wahai anakku.................... Dalam satu peristiwa setelah Nabi s.a.w. wafat,Bilal tidak mahu lagi mengumandangkan azan.Bagaimanapun,setelah didesak oleh orang ramai termasuk Sayidatina Fatimah r.a (semoga Allah merahmatinya),akhirnya Bilal kembali melaksanakan tugasnya.Ketika azan dikumandangkan dan sampai kepada kata "asyhadu anna Muhammad..." suara Bilal terhenti.Kemudian suaranya tersekat-sekat dan beliau menangis semahu-mahunya.Nama "Muhammad" kekasih yang baru saja kembali kepada Rabbul Izzati,menggetarkan jantung Bilal.

Bagi Bilal,beliau berhenti mengumandangkan azan kerana nama itu mengingatkan beliau kepada kehilangan besar kepada seluruh umat Islam.Alangkah agungnya cinta Bilal kepada kekasih Allah.Hatta menyebutnya pun hati sudah merintih sayu dan mengundang rindu....aah........jauhnya kita jika dibandingkan dengan Bilal,hamba yang berkulit hitam tapi punya hati yang putih bersinar bak mentari pagi...

Anak-anakku pewaris Nabi.........

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "Orang yang paling dekat dengan aku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak membaca selawat ke atasku."Dalam pada kita merayakan Maulidur Rasul bagi tujuan membangkitkan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. , jangan pula kita melakukan perkara-perkara mungkar yang akan merosakkan suasana perayaan tersebut.

Umat Islam dituntut bukan sekadar untuk menghayati ajaran Rasulullah s.a.w. tetapi memantapkan rasa cinta dan penghargaan atas jasa-jasa serta pengorbanan yang tidak ternilai. Sesungguhnya Allah s.w.t. dan para malaikat mencurahkan rahmat dan memohonkan maghfirah untuk Nabi s.a.w. serta menganjurkan umat Islam untuk menyampaikan selawat dan salam sejahtera kepada baginda dan keluarga baginda.
Keluhuran budi Nabi s.a.w. bukan hanya dinyatakan oleh Allah dan diyakini umat Islam,berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia,”malahan diakui oleh kawan dan lawan.

Malah ketika diminta untuk mengutuk,Nabi s.a.w. membalas,yang bermaksu::”Aku bukan diutus sebagai pengutuk,tetapi aku diutus untuk mengajak kepada kebaikan dan penyebar rahmat.”

Sifat kasih sayang Nabi s.a.w. terhadap sesama makhluk tidak akan ditemui pada seorang manusia pun yang lebih tinggo rasa kasih sayangnya,lemah-lembutnya serta perbuatan atau amal baiknya kepada makhluk Tuhan.

Abu Hurairah r.a berkata:”Kedua-dua telingaku ini pernah mendengar dan kedua-dua mataku ini pernah melihat Rasulullah s.a.w. mengambil Hassan atau Husain dengan kedua-dua tangannya,lalu kaki Hassan atau Husain berada di atas kaki Rasulullah s.a.w..Rasulullah s.a.w. pun bersabda yang bermaksud “Naiklah wahai yang pendek,dan bermata kecil (sebagai gurauan dan tanda sayang).”Kemudian anak kecil itu naik hinggan ia meletakkan kedua kakinua di atas dada Rasulullah s.a.w..Rasulullah s.a.w. pun bersabda (mafhumnya):”Bukalah mulutmu.”Lalu Rasulullah s.a.w. menciumnya:Ya Allah,cintailah dia,kerana sesungguhnya aku mencintainya.”

Allah menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad):Wahai sekalian manusia !Sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kami semua.Tuhan yang mempunyai kerajaan langit dan bumi.Tidak ada Tuhan selain daripada-Nya,Yang menghidupkam dan Yang mematikan.Sebab itu,hendaklah kamu beriman kepada Allah dan UtusanNya,Nabi yang ummi percaya kepada Allah dan perkataan-perkataaNya.Ikutlah dia supaya kamu mendapat petunjuk.”(Al-A’raaf:158)

Ketahuilah wahai anak didikku………………..

Keagungan Nabi s.a.w. menjadikan baginda sebagai teladan yang terbaik sekaligus sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan.Baginda menziarahi orang-orang sakit,bersama-sama mengiringi jenazah dan memenuhi undangan walaupun daripada seorang kanak-kanak.

Kesopanan dan kesantunan baginda terhadap orang kebanyakan dan sikap yang terpuji yang baginda tunjukkan terhadap orang-orang yang sombong menyebabkan baginda dihormati dan disanjungi tinggi.

Dalam kesibukan baginda memimpin,baginda sentiasa menerima sesiapapun yang datang dengan tangan terbuka dan berlapnag dada walaupun seorang Badwi yang kasar sifatnya.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya,adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,iaitu orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat.”(Al-Ahzab:21)

Hayatilah kisah ini……………..

Suatu ketika,seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. yang sedang duduk di dalam masjid.Beliau berkata:”Salam sejahtera kepada kamu wahai ahli kemuliaan yang tinggi dan pemurah yang disanjungi.Lalu Rasulullah s.a.w. member tempat duduk di antara Baginda dan Abu Bakar r.a.Orang ramai yang hadir merasa hairan dengan tindakan Rasulullah s.a.w. mendahulukan lelaki tersebut.Kemudian Rasulullah memaklumkan:”Jibril telah memberitahu kepadaku bahawa beliau telah berselawat keppadaku dengan lafaz selawat yang belum pernah diungkapkan oleh sesiapapun sebelum beliau.”Lalu Abu Bakar bertanya:”Bagaimanakah lafaz selawat beliau?”Rasulullah pun menyebut lafaz selawat lelaki berkenaan:

ALLAHUMMA SHOLLI ‘ALA MUHAMMAD WA’ALA ALI MUHAMMAD FII ALAWWALIN WAL AKHIRIN WA FII ALMALAAI A’LA ILAA YAUMI DDIN
“Ya Allah,berikanlah restu kepada Muhammad dank keluarga Baginda di kalangan golongan terawal dan golongan terkemudian serta golongan tertinggi sehingga hari Kiamat.(riwayat Al-Sya’rani di dalam Kasyf Al-Ghummah;Al-Sakhawi di dalam Al-Qaul Al-Badi)

Bersama ini ummi titipkan beberapa kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w……………

· Diriwayatkan daripada ‘Abdul bin Mas’ud r.a.:sabda Rasulullah s.a.w.:”orang yang lebih utama(dekat)denganku pada hari Kiamat ialah orang yang banyak berselawat kepadaku.”(dikemukakan oleh At-Tirmizi dengan menilainya Hasan dan Ibn ‘Asim).

· Daripada Anas b Malik r.a.:sabda Rasulullah s.a.w. : “sesiapa yang berselawat kepadaku sekali , Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya 10 kali dan menghapuskan 10 kesalahannya.”(riwayat Imam Ahmad).

· Sabda Rasulullah s.a.w. : “sesiapa yang sukar menunaikan hajatnya hendaklah ia memperbanyakkan selawat ke atasku.Sebab ia melapangkan kebimbangan , kedukacitaan , kesusahan , memperbanyakkan rezeki serta menunaikan hajat.”(menurut Al-Sayuti hadis ini adalah sahih ).

· Sabda Rasulullah s.a.w. : “sesiapa yang ditimpa sesuatu kesusahan hendaklah ia memperbanyakkan selawat ke eatasku sebab ia menguraikan simpulan dan melapangkan kesukaran.”

Sama-samalah kita dambakan cinta Allah dengan kita mencintai insan yang dicintaiNya…………….Ya Allah Kau lembutkanlah hatiku dan anak-anakku untuk mencintai dan menyanjungi kekasihMu agar kami tergolong di kalangan hambaMu yang Kau kurniakan syafaat dan perlindungan di hari tiada perlindungan selain perlindungan Mu Ya Allah…………………………..Aamin Ya Rabbal Alamin……………..

Yang menyayangimu…
Ummu Usamah…
22 Rabiul Awal 1431 H
Teratak Guru.
Gombak….