SAM: Apa yang tak kena tu Dol?
DOL : Termos ni haa, jurujual tu kata dia boleh simpan air sejuk dan air panas. Penipu! Milo ais dengan kopi panas aku dalam ni dah jadi apa tah!
SAM: Tadi aku jumpa doktor, kena 20 ringgit.
DOL: Biasalah tu, "consulation fees".
SAM: Tapi aku jumpa dia kat bus stop!
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"
SAM: Kau celup lalat dalam air sirapkau Dol?
DOL: Kita kena buat cam tu kalau tak nak keracunan!
SAM: Itu kalau lalat jatuh dalam air, bukan bawa lalat dari rumah!
Sunday, April 25, 2010
Shautul Haq (Edisi Kedua)-Banyak Berzikir Hati Tenteram
Pengertian zikir adalah mengingat Allah atau menyebut Allah. Jika seandainya kita selalu berzikir, sudah tentu kita selalu menyebut dan mengingati Allah.
Ketahuilah bahawa dalam Al-Quran banyak ayat yang menganjurkan supaya sentiasa berzikir kepada Allah seperti tertera dalam surah Al-Baqarah ayat 152 yang membawa maksud "Maka berzikirlah kamu akan Aku supaya Aku menyebut akan kamu dan syukurilah olehmu akan Aku dan jangan kamu ingkari akan (nikmat Ku)"
Dalam surah Al- Anfaaal ayat 45 turut membawa maksud: "Ucapkanlah olehmu akan Allah dengan sebutan yang banyak supaya kamu beroleh kemenangan" Juga dinyatakan dalam surah Ar-Ra'du ayat 28 yang membawa maksud: "Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram"
Manakala Rasulullah pula bersabda: "Tidak duduk satu jamaah mengucapkan zikrullah, melainkan (di tempat itu) sudah dikelilingi malaikat yang dipenuhi rahmat dan diturunkan kepada mereka sakinah atau ketenangan hati".
Perlu diketahui pula jika seseorang yang tidak pernah berfikir dan mengingati Allah, maka Allah akan menurunkan syaitan sebagai teman dalam hidupnya. Allah berfirman dalam Al-Quran surah Al-Araf ayat 204 bermaksud: "Barang siapa yang berpaling akan zikir kepada Allah, maka kami turunkan kepadanya syaitan yang terus menerus menjadi kawan seiring baginya".
Dengan demikian betapa hikmah daripada zikir itu, disamping mendapat pahala daripada Allah. Bagi yang membaca hatinya akan menjadi tenteram dan penuh sakinah dalam kehidupannya.

Shautul Haq (Edisi Kedua)-Alhamdulillah,THANK YOU ALLAH
I asked for strength…
And Allah gave me difficulties to make me strong.
I asked for wisdom…
And Allah gave me problem to solve.
I asked for courage…
And Allah gave me obstacles to overcome.
I asked for love..
And Allah gave me troubled people to help.
I asked for favors..
And Allah gave me opportunities.
Maybe I received nothing I wanted…
But I received everything I needed...

Shautul Haq (Edisi Kedua)-Muhasabah
Firman Allah:
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikanal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah maha pengampun lagi ,aha mengasihani”
( Al-Ahzab : 59 )
Kata Luqman al-Hakim…
“Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai yang karam di dalamnya. Bila kau ingin selamat dari karam, layarilah lautan ini dengan sampan yang bernama Taqwa, isinya Iman, dan layarnya Tawakal kepada Allah”

Shautul Haq(Edisi Kedua)-Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W
Kelahiran Rasulullah S.A.W satu rahmat untuk seluruh umat Islam khususnya dan dunia umumnya. Dunia yang ketika itu diselaputi dengan kebejatan akhlak dan keruntuhan peradaban. Dunia yang tika dan saat itu amat mementingkan keduniaan seolah-olah tiada lagi kehidupan lain sesudahnya. Ingatlah duhai teman, Rasulullah S.A.W muncul di celah-celah gelanggang kehancuran bangsa ketika itu. Di awal usia remajanya, Baginda menjadi contoh terbaik di kalangan pemuda-pemuda Arab Jaahiliah kerana keunggulan peribadinya sehingga digelar “Al-Amin”. Di usia dewasanya, selepas diangkat menjadi rasul terakhir, dikagumi kerana ketabahannya berdakwah menyeru kaum kerabat dan sahabat handainya serta penduduk Makkah untuk kembali kepada fitrah menyembah Allah Yang Esa walaupun mendapat tentangan yang hebat. Di akhir usianya digeruni ramai termasuklah musuhnya kerana kehebatannya menjadi seorang pemimpin daulah yang berdaulat. Risalah Islam yang dibawa Baginda walaupun diawalnya dianggap pembwa bencana, namun akhirnya diterima pakai oleh bangsa Arab khususnya dan bangsa Ajam yang lain dengan sepenuh jiwa dan raga. Kini, Rasulullah S.A.W sudah jauh meninggalkan kita, umatnya yang amat dikasihi, umatnya yang akan diberikan syafaat olehnya di Padang Mahsyar, hari yang tiada perlindungan dari Allah Rabbul Jalil. Iktibar sempena Maulidur Rasul bukanlah setakat memahami dan menghafal sejarah hidupnya, tetapi Risalah Islam suci yang dibawanya. Kalau bukan kerana keringat dan titik peluhnya dan para sahabat tercinta tak kan dapat kita kecapi nikmat Islam yang kita anuti pada hari ini.
Al-Irsyad (Edisi Pertama)-Peristiwa Bulan Rabiul Awal.
Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
1. Kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah saw.
Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa Nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah.
2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul.
Dibulan Rabiulawal inilah Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi Muhammad saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
3. Hijrah
Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
4. Peperangan.
Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah
Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
7. Pembukaan Iraq
Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
8. Pembukaan Baitul Muqaddis
Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol
Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Al-Irsyad (Edisi Pertama)-Kata-kata hikmah.
• The most difficult person to FACE in life is yourself.
• A GRATEFUL heart is the cure for loneliness.
• Do not judge the FUTURE by the past.
• Never stop reaching for the GOAL in front.
• Kind DEEDS can bring good returns.
• DREAM is our motivation in life.
• WISDOM is to understand that the world is ever-changing.
• Danger brings us TRUE friends.
• SMILE is the first step of a new life.
"The five set prayers may be compared to a stream of fresh water, flowing in front of your house, into which you plunge five times each day. Do you think that would leave any dirt on your body?' When they replied: 'None at all!' Mohammed (Peace be upon him) said: 'Indeed the five prayers remove sins, just as water removes dirt."
(Bukhari, Muslim)
"Persahabatan jauh lebih indah dari percintaan, cinta umpama main laying-layang, andai putus berakhirlah ikatannya.. sahabat bagai kan pantai dan lautan.. walaupun sering berhempas, tetap kekal berdampingan.."

~SAHABAT~
Al-Irsyad (Edisi Pertama)-Sajak Buat Rasulullah

Ya Allah,
Sampaikanlah cintaku kepada kekasihMu,
Perjuangan baginda, kerendahan hati baginda...
Sungguh, sangat mulia susuk tubuh yang Engkau ciptakan ini.
Ya Allah,
Sampaikanlah selawat dan salamku ke atas rasulMu,
Bantulah daku beramal dengan pesan-pesan baginda, menghidupkan sunnah-sunnah baginda..
Agar cintaku padanya tidak hanya pada kata-kata
Ya Allah,
Sampaikanlah penghormatanku yang tertinggi buat hambaMu itu,
Tingkatkanlah rinduku pada baginda, redhoilah kasihku pada baginda..
Semoga kelak dapat kutemunya di akhirat sana.

Sunday, April 18, 2010
Al-Irsyad (Edisi Pertama)-Maulidur Rasul
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih. Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Subscribe to:
Comments (Atom)