بادن دعوة دان روحاني سکوله منڠه کبڠسأن سوڠاي ڤوسو
Badan Dakwah dan Rohani SMK Sungai Pusu.
Sunday, April 24, 2011
Detik-Detik Terakhir Kewafatan Nabi
Daripada Ibnu Mas'ud r.a., bahawasanya dia berkata: "Ketika ajal Rasulullah saw sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aishah r.aKemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda: Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah." "Allah berfirman: Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa." Kemudian kami bertanya: "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila." Kami bertanya lagi: "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Salah seorang ahli bait." Kami bertanya: "Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?"Baginda menjawab: "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah." Kami bertanya: "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?" Kami menangis dan Rasulullah saw pun turut menangis.Kemudian baginda bersabda: "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya.Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."
SEMAKIN TENAT - Semenjak hari itu, Rasulullah saw bertambah sakitnya yang ditanggungnya selama 18 hari. Setiap hari, ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, disaat baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, dia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: "Assalamualaikum ya Rasulullah?" Kemudian dia berkata lagi: "Assolah yarhamukallah." Fatimah menjawab: "Rasulullah dalam keadaan sakit." Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid. Ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu dia berkata seperti perkataan yang tadi.Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh dia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk,Rasulullah saw bersabda: "Saya sekarang berada dalam keadaan sakit. Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat." Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?" Kemudian dia memasuki masjid dan memberitahu Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar r.a. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, dia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu dia menjerit dan akhirnya dia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah saw. Baginda bertanya: "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu?" Siti Fatimah menjawab: "Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah saw tidak ada bersama mereka." Kemudian Rasulullah saw memanggil Ali bin Abi Talib dan Abbas r.a. Sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat.Setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: "Ya ma aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua, setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."
MALAIKAT MAUT DATANG BERTAMU - Pada hari esoknya iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah saw tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja. Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah saw,Malaikat Maut itupun berkata: "Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!" Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit." Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?" Akhirnya Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu?" Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma." Rasulullah saw bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?" Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda." Lalu Rasulullah saw menjelaskan: "Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur. Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Masuklah, wahai Malaikat Maut." Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan: "Assalamualaika ya Rasulullah." Rasulullah saw pun menjawab: "Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang." Rasulullah saw bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?" Jawab Malaikat Maut: "Saya tinggal dia di langit dunia." Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah saw.Maka bersabdalah Rasulullah saw: "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?" Jibril menjawab: "Ya, wahai kekasih Allah."
KETIKA SAKARATUL MAUT - Seterusnya Rasulullah saw bersabda: "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?" Jibril pun menjawab: "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu." Baginda saw bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?" Jibril menjawab lagi: "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu." Baginda saw bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?" Jibril menjawab: "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti." Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku." Jibril a.s. bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?" Rasulullah saw menjawab: "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?" Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu." Maka berkatalah Rasulullah saw: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku." Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw. Ali r.a. bertanya: "Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?" Rasulullah menjawab: "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga." Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut." Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.Lalu Rasulullah saw bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?" Jibril menjawab: "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?" Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.
Detik-Detik Terakhir KeaNabi

SHAUTUL HAQ EDISI 1 2011
Friday, February 11, 2011
Beramal Dan Bermaksiat, Apa Bezanya?
Kajian asal mengenai "classical conditioning" telah didemonstrasikan oleh seorang saintis psikologi Russia, Ivan Pavlov pada tahun 1927. Ivan Pavlov menggunakan seekor anjing sebagai bahan ujikajinya untuk melihat respon anjing tersebut terhadap dua stimulus dalam dua keadaan yang berbeza:
*stimulus pertama – stimulus asal bersifat kekal
*stimulus kedua – stimulus tambahan, disertakan dengan stimulus pertama
Langkah pertama:
Anjing tersebut pada asalnya menunjukkan reaksi normal dengan menjelirkan lidah setelah diletakkan seketul tulang kegemarannya.
Langkah kedua:
Anjing tersebut didedahkan dengan "tuning fork" yang dibunyikan dengan nyaring. Tiada reaksi.
Langkah ketiga:
Tulang kegemarannya diletakkan di hadapan dan dalam masa yang sama, "tuning fork" turut dibunyikan dengan nyaring. Reaksi asal; anjing tersebut menjelirkan lidah terjadi.
Langkah keempat:
Tulang kegemaran dialihkan, "tuning fork" dibunyikan sekali lagi. Anjing berkenaan menjelirkan lidah.
Dapat disimpulkan bahawa anjing itu sendiri telah keliru dengan yang manakah respon yang sepatutnya diberikan seperti sebelum eksperimen tersebut dijalankan.
Kita manusia, mahukah jadi seperti anjing tersebut?
Kita sendiri jadi keliru, mana yang betul, mana yang salah, mana yang halal, mana yang haram.
Apa yang menyebabkan minda kita terpesong dalam beramal? Sekejap beramal, sekejap buat maksiat. Mungkinkah teori "classical conditioning" kerap berlaku dalam diri kita setiap hari?
Kita tengok ada yang bergaul bebas, perkara biasa.
Kita tengok ada yang yang tak tutup aurat, perkara biasa.
Kita tengok ada yang pandang ringan solat, pun perkara biasa.
Biasalah, dunia zaman sekarang.
Lama kelamaan, perkara biasa itulah yang terbiasa dengan kita. Semuanya terasimilasi dengan hidup kita. Orang lain buat, kita duduk sama, kita tengok saja, duduk diam dan buat-buat buta. Apa bezanya keadaan ini dengan stimulus kedua?
Alih-alih, jadilah kita seperti anjing eksperimen di atas.
Beramal dan bermaksiat nampak sama saja.
Moga menjadi peringatan untuk semua dan diri ini yang sentiasa alpa.
- Artikel iluvislam.com
Tuesday, July 27, 2010
BICARA UMMI
BICARA UMMI
Asslamualaikum buat anak-anak Ummi,...........penghuni Aspura dan Aspuri.............Didoakan agar sentiasa mendapat perlindungan dan rahmat Illahi..............................................
Putera dan puteri tercinta kerana Allah.................
Kita telahpun menghampiri bulan Julai...........Subhanallah pantasnya masa berlalu.....Bagaimana agaknya kualiti iman dan ibadah?Dah mula penambahan atau sebaliknya?Kalau dah ada tanda-tanda peningkatan iman............Alhamdulillah itu tanda Allah dah pilih kita menjadi ahli Syurga....Aamin....Tapi kalau sebaliknya.....apa tunggu lagi.Ingat pesan Nabi,buat 5 sebelum 5...masa sihat sebelum sakit....masa lapang sebelum sempit...masa muda sebelum tua macam Ummi ni...masa kaya sebelum miskin...masa hidup sebelum mati....Apa lagi jom sama-sama buat perubahan.Apa yang kita nak buat ye?okeylah anak-anakku hayatilah perkara yang Ummi nak bicarakan dengan antum kali ini.....Tajuknya"HIDUP UNTUK MEMBERI"...
Anak-anakku ,.........Antum tahu tak, rupa-rupanya orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang banyak memberi .....macam mana ye perkara ini boleh terjadi?Bukan ke dengan banyak menerima kita akan mendapat lebih,dan sebaliknya memberi itu hanya akan mengurangkan apa yang ada pada kita......Macam mana nak ada masa untuk diri sendiri kalau asyik nak kena buat kerja dakwah untuk maslahat orang lain............?
Ya,,,,anakku............Itu semua hanya persepsi kita sahaja.Insan kerdil yang tak tau apa-apa..Hakikat sebenarnya amat berbeza.Memberi itu bukan mengurangkan bahkan menambahkan......Nak tau macam mana?,,,,,
Sudah menjadi Sunnatullah.......orang yang berjaya pada tahap''biasa-biasa'' ialah orang yang membawa hanya dirinya sahaja berjaya.Tetapi orang yang berjaya pada tahap luar biasa ialah orang yang membawa orang-orang lain berjaya bersamanya.......''No man becomes rich unless he enriches others''.Hakikatnya ini bukan sahaja dilihat dari segi material atau maddiyyah,malah dari sudut ilmu,iman dan takwa.Orang yang paling beriman,bertakwa dan berilmu ialah orang yang membawa orang lain bertakwa,beriman dan berilmu bersamanya...Best tak anak-anak?Persoalannya,bagaimana hendak membawa orang lain bersama kita?Ye,untuk itu kita mesti amalkan sikap memberi...........Kita beri ilmu pada kawan,kita beri pimpinan pada adik-adik....Kita memberi panduan pada rakan-rakan....Kita taburkan kebaikan kepada orang disekeliling kita....Kita murahkan senyuman pada rakan dan taulan...Kita berikan rahmat pada adik-adik....Kita berikan hormat [ada orang yang lebih tua...Kan senang untuk jadi orang yang berjaya....Betul tak?Jangan bakhil menabur kebaikan..Tak rugi apa-apa pun...Malah tangan yang menghulur bunga mawar pastinya berbau harum...............
Anak-anakku.....
Usiamu masih terlalu mentah untuk memahami apa yang tersirat di sebalik sifat Al-Wahhab Allah Yang Maha Agung………….Tapi tidak mengapa marilah sama-sama kita renungi sejenak sifat yang maha Al-Wahhab ini…Kita dituntut untuk meniru sifat Al-Wahhab pada hamba-hambaNya walaupun mustahil untuk kita mampu menyamaiNya…Bagaimana agaknya sifat Al-Wahhab Allah ini?......
Pertama anakku….Allah memberi tanpa pinta dibalas….Berbeza dengan kita manusia…Tak habis-habis nak balasan…Tolong ibu nak dapatkan perhatian…Tolong abang nak dapatkan pertolongan dalam pelajaran..Tolong kawan sebab nak pinjam barang…Tolong cikgu sebab nak dapat markah tinggi….Aaahhh………..macam-macam lagilah..Kita sebenarnya meminta terlalu banyak dari Allah.Ironinya walaupun pinjaman itu tertunggak,namun Allah tidak pernah nak menarik semula nikmat pinjamannya kepada kita.Usahkan untuk membalasnya,untuk mengiranya sahaja manusia tidak termampu.Allah tidak pernah memerlukan makhluknya,sebaliknya makhluk yang memerlukannya.Pernah tak anak-anak terfikir andai Allah menghentikan pemberianNya kepada kita,apa yang akan berlaku kepada dunia ini…Tetapi tidak begitukan?Walau menggunung “hutang” kita dengan Allah,namun Allah tetap memberi kerana Allah memberi tanpa minta dibalas,….
Kedua anakku….Allah memberi sebelum diminta…Rata-rata dari kita biasanya hanya member selepas dipinta…..Betul tak?Ibu minta kita tolong jaga adik…Ibu kita minta tolong lipat kain…Ibu kita minta masak nasi…Ibu kita minta dan minta dan minta tolong dari kita…Tak patutkan?Allah sebaliknya…Dia sentiasa member walaupun kita terlupa nak minta…Kita tak minta sihat…Allah beri kesihatan.Kita lupa nak minta perlindungan,Allah jaga dari malapetaka…Kita lupa nak minta hidayah,Allah lemparkan Islam dalam jiwa…Kita lupa nak mohon kebaikan dunia,Allah beri kita makan dan minum..Bayangkan anak-anak sekiranya Allah itu hanya memberi bila dipinta,apa akan berlaku?Boleh bernafaskah kita saat ini,sedangkan pagi tadi kita lupa mohon “oksigen”Nya?Mujur dan syukurlah,sifat Al-Wahhab Allah it uterus proaktif,memberi dulu,kini dan selamanya,walaupun kita manusia sering alpa untuk memintaNya.
Ketiga anakku ….Allah memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan……
Allah telah berikan kita macam-macam nikmat.Harta , kuasa , ilmu , kesihatan , iman , Islam….Nikmat Zahir dan Nikmat Batin…Kedua duannya berjalan serentak…Kita dapat makan dan minum dalam masa yang sama kita kita diberi kefahaman ilmu…Kita dapat pakaian dan duit , dalam masa yang sama Allah tak lupa beri hidayah dan pertunjuk kebenaran…..Untuk apa semua nikmat ini….?Ya! Allah beri kita harta , agar kita bersedekah…Allah beri kita ilmu agar kita mengajar dan berdakwah…Allah beri kita iman , agar kita berbaik-baik , berkasih sayang keranaNya dan berukhuwwah sesame manusia , kepada haiwan , timbuhan malah kepada alam semesta…Tegasnya , Allah bukan sahaja memerintahkan kita menjadi orang yang baik malah mesti memberi kebaikan pada orang lain…Ingat tak pesan Nabi kita?Orang yang paling baik antara kita adalah orang yang paling bermanfaat pada orang lain….Senangkan nak peroleh pahala?.....
UNTUK ITU ANAKKU JOM KITA TIRU SIFAT AL-WAHHAB INI……
A’id al-Qarni penulis buku La Tahzan (Jangan bersedih)pernah berkata “Orang yang pertama mendapat manfaat daripada sesuatu kebaikan ialah orang yang melakukukannya” Sebab itu beliau menganjurkan , jika kita bersedih atau bermuram durja , carilah seseorang dan gembirakannya….. Nescaya kita akan mendapat kegembiraan semula …. Tidak susah untuk mengembirakan orang lain kan ?..... Mungkin hanya dengan kata-kata yang baik , mungkin cukup dengan sekuntum senyuman pada wajah saudaranya seislam , ataupun sekadar berdoa untuk kebaikan orang lain …. Berilah kegembiraan kepada orang lain , pastinya kegembiraan itu akan datang balik ke-ada kita …. What you give , you get back … Ini hukum alam … sunnatullah …. What goes around , comes around ….
Anak-anakku …. Akhirnya ambillah peluang keemasan untuk banyak memberi ini ….Memang orang suka bila terima hadiah … tapi sebaliknya si pemberi hadiah itu lebih suka dan gembira kerana tahu hadiahnya dihargai dan menggembirakn orang lain…Ayuh bersama-sama kita berubah untuk lebih banyak memberi daripada hanya menerima…Kerana janji Allah termaktub dalam firmanNya : ”Bandingkan (derma) orang yang membelannjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai,,,tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapapun dikehendakiNya:Dan Allah Maha Luas(rahmat) dan kurniaNya,lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”Surah Al-Baqarah 2:261……
Subhanallah…..Alangkah pemurahnya Allah….
Bergerimbalah jiwa-jiwa yang mudah memberi tanpa diminta…Bukan beri apa-apa…Tapi beri kebaikan kepada orang lain….Beri ketenangan untuk orang lain….
Berdoalah anak-anakku agar dirimu menjadi orang yang memuliakan kebaikan….Bukan hanya menunggu datangnya kebaikan…Yakinilah,percayalah….Allah sentiasa bersama hambaNya yang menghulur kebaikan keranaNya tanpa diminta…….Sesungguhnya janji Allah itu sentiasa benar….Dan pastinya benar……
Berilah wahai anakku sedekah itu dengan hatimu…..Berilah sedekah dengan lisanmu……Berilah sedekah dengan perbuatanmu…..Nescaya dirimu menjadi jutawan yang kaya di dunia dan tidak fakir di alam yang kekeal abadi…..
Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan dunia dan akhirat kita semua….Amiiin….Ya Rabbal Alamin…..
YA ALLAH…..YA RAHMAN….YA RAHIM…..AKU HANYA HAMBAMU YANG SANGAT LEMAH….YANG SENTIASA MENDAMBAKAN RAHMAT DAN KEAMPUNANMU….KAU RAHMATILAH DAKU DAN KAU AMPUNILAH DOSA-DOSAKU…….DENGAN ITU AKU MAMPU MENJADI HAMBA YANG KAU REDHAI…..
Salam sayang,
Al-Haqirah ila Rabbiha…..
Ummu Syaima’….
21:30 malam…
Friday, July 16, 2010
BICARA UMMI 2
Kehadiran Bulan Rabiulawal Tahun Gajah mengingatkan kita akan kelahiran Nabi besar junjungan kita Muhammad s.a.w.. Justeru kita memperingati Maulud Nbi s.a.w. untuk mengungkapkan rasa kasih yang tidak berbelah bahagi kepada Rasulullah s.a.w. yang tercinta.
Perayaan atau peringatan Maulud yang disambut pada bulan Rabiulawal adalah sebagai pernyataan daripada cinta Muslim kepada Nabinya.Sejarah mencatat bahawa asal mulanya perayaan ini diadakan pada abad keempat Hijrah setelah tentera salib menyeru Palestin yang ketika itu terletak dalam kekuasaan umat Islam.Kemenangan ini disambut dengan perayaan Hari Natal secara besar-besaran.Lantas bagi mengembalikan kembali semangat umat Islam yang kian luntur itu,maka diadakan perayaan Maulid Nabi.Setelah 200 tahun lamanya dijajah,akhirnya tentera salib berjaya diusir dari Palestin di bawah pimpinan Salahuddin Al-Ayyubi.
Anak-anakku ketahuilah olehmu...........
Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang di antara manusia yang teragung yang dikenal oleh sejarah peradaban manusia.Dari perspektif agama Islam,Nabi Muhammad s.a.w. adalah Rasul utusan Allah s.w.t. yang menjadi 'pemberi peringatan',mula-mula bagi bangsa Arab,dan kemudian bagi seluruh umat manusia.
Umat Islam dituntut bukan hanya untuk menghayati ajaran baginda,tetapi juga memantapkan cinta dan penghargaan di atas jasa-jasa serta pengorbanan baginda menegakkan syiar Islam.Justeru kerana jasa dan pengorbanan Rasul,serta atas dasar pemberian hak penghormatan itulah,sehingga Allah s.w.t. dan para malaikat mencurahkan rahmat dan memohon maghfirah untuk baginda serta menganjurkan umat Islam untuk menyampaikan selawat dan salam sejahtera kepada Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga baginda.
Mengingati Rabiulawal,bulan kelahiran Nabi Muhaamad s.a.w. pada tahun ini, seharusnya benar-benar menjadi titik tolak kesedaran umat Islam di negara ini bagi memperkukuhkan perpaduan serta meningkatkan iman,takwa dan amal salih.Kita imbas dan gali kembali perjuangan Rasulullah s.a.w. dengan niat mencontohi dan mempraktikkannya dalam kehidupan sehari-hari.Terlalu banyak untuk diperkatakan tentang keagungan dan keprihatinan Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi teladan bagi semua peringkat manusia.Baginda adalah sebaik-baik makhluk Tuhan seluruh alam.
Anak-anakku sedarlah................
Perayaan yang kita sambut adalah sebagai bukti cinta,iaitu kenikmatan menyebut nama orang yang kita cintai.Nama insan agung yang dikasihi oleh makhluk di langit mahupun di bumi.Tahukah kamu wahai anakku.................... Dalam satu peristiwa setelah Nabi s.a.w. wafat,Bilal tidak mahu lagi mengumandangkan azan.Bagaimanapun,setelah didesak oleh orang ramai termasuk Sayidatina Fatimah r.a (semoga Allah merahmatinya),akhirnya Bilal kembali melaksanakan tugasnya.Ketika azan dikumandangkan dan sampai kepada kata "asyhadu anna Muhammad..." suara Bilal terhenti.Kemudian suaranya tersekat-sekat dan beliau menangis semahu-mahunya.Nama "Muhammad" kekasih yang baru saja kembali kepada Rabbul Izzati,menggetarkan jantung Bilal.
Bagi Bilal,beliau berhenti mengumandangkan azan kerana nama itu mengingatkan beliau kepada kehilangan besar kepada seluruh umat Islam.Alangkah agungnya cinta Bilal kepada kekasih Allah.Hatta menyebutnya pun hati sudah merintih sayu dan mengundang rindu....aah........jauhnya kita jika dibandingkan dengan Bilal,hamba yang berkulit hitam tapi punya hati yang putih bersinar bak mentari pagi...
Anak-anakku pewaris Nabi.........
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "Orang yang paling dekat dengan aku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak membaca selawat ke atasku."Dalam pada kita merayakan Maulidur Rasul bagi tujuan membangkitkan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. , jangan pula kita melakukan perkara-perkara mungkar yang akan merosakkan suasana perayaan tersebut.
Umat Islam dituntut bukan sekadar untuk menghayati ajaran Rasulullah s.a.w. tetapi memantapkan rasa cinta dan penghargaan atas jasa-jasa serta pengorbanan yang tidak ternilai. Sesungguhnya Allah s.w.t. dan para malaikat mencurahkan rahmat dan memohonkan maghfirah untuk Nabi s.a.w. serta menganjurkan umat Islam untuk menyampaikan selawat dan salam sejahtera kepada baginda dan keluarga baginda.
Keluhuran budi Nabi s.a.w. bukan hanya dinyatakan oleh Allah dan diyakini umat Islam,berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia,”malahan diakui oleh kawan dan lawan.
Malah ketika diminta untuk mengutuk,Nabi s.a.w. membalas,yang bermaksu::”Aku bukan diutus sebagai pengutuk,tetapi aku diutus untuk mengajak kepada kebaikan dan penyebar rahmat.”
Sifat kasih sayang Nabi s.a.w. terhadap sesama makhluk tidak akan ditemui pada seorang manusia pun yang lebih tinggo rasa kasih sayangnya,lemah-lembutnya serta perbuatan atau amal baiknya kepada makhluk Tuhan.
Abu Hurairah r.a berkata:”Kedua-dua telingaku ini pernah mendengar dan kedua-dua mataku ini pernah melihat Rasulullah s.a.w. mengambil Hassan atau Husain dengan kedua-dua tangannya,lalu kaki Hassan atau Husain berada di atas kaki Rasulullah s.a.w..Rasulullah s.a.w. pun bersabda yang bermaksud “Naiklah wahai yang pendek,dan bermata kecil (sebagai gurauan dan tanda sayang).”Kemudian anak kecil itu naik hinggan ia meletakkan kedua kakinua di atas dada Rasulullah s.a.w..Rasulullah s.a.w. pun bersabda (mafhumnya):”Bukalah mulutmu.”Lalu Rasulullah s.a.w. menciumnya:Ya Allah,cintailah dia,kerana sesungguhnya aku mencintainya.”
Allah menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad):Wahai sekalian manusia !Sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kami semua.Tuhan yang mempunyai kerajaan langit dan bumi.Tidak ada Tuhan selain daripada-Nya,Yang menghidupkam dan Yang mematikan.Sebab itu,hendaklah kamu beriman kepada Allah dan UtusanNya,Nabi yang ummi percaya kepada Allah dan perkataan-perkataaNya.Ikutlah dia supaya kamu mendapat petunjuk.”(Al-A’raaf:158)
Ketahuilah wahai anak didikku………………..
Keagungan Nabi s.a.w. menjadikan baginda sebagai teladan yang terbaik sekaligus sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan.Baginda menziarahi orang-orang sakit,bersama-sama mengiringi jenazah dan memenuhi undangan walaupun daripada seorang kanak-kanak.
Kesopanan dan kesantunan baginda terhadap orang kebanyakan dan sikap yang terpuji yang baginda tunjukkan terhadap orang-orang yang sombong menyebabkan baginda dihormati dan disanjungi tinggi.
Dalam kesibukan baginda memimpin,baginda sentiasa menerima sesiapapun yang datang dengan tangan terbuka dan berlapnag dada walaupun seorang Badwi yang kasar sifatnya.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“Demi sesungguhnya,adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,iaitu orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat.”(Al-Ahzab:21)
Hayatilah kisah ini……………..
Suatu ketika,seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. yang sedang duduk di dalam masjid.Beliau berkata:”Salam sejahtera kepada kamu wahai ahli kemuliaan yang tinggi dan pemurah yang disanjungi.Lalu Rasulullah s.a.w. member tempat duduk di antara Baginda dan Abu Bakar r.a.Orang ramai yang hadir merasa hairan dengan tindakan Rasulullah s.a.w. mendahulukan lelaki tersebut.Kemudian Rasulullah memaklumkan:”Jibril telah memberitahu kepadaku bahawa beliau telah berselawat keppadaku dengan lafaz selawat yang belum pernah diungkapkan oleh sesiapapun sebelum beliau.”Lalu Abu Bakar bertanya:”Bagaimanakah lafaz selawat beliau?”Rasulullah pun menyebut lafaz selawat lelaki berkenaan:
ALLAHUMMA SHOLLI ‘ALA MUHAMMAD WA’ALA ALI MUHAMMAD FII ALAWWALIN WAL AKHIRIN WA FII ALMALAAI A’LA ILAA YAUMI DDIN
“Ya Allah,berikanlah restu kepada Muhammad dank keluarga Baginda di kalangan golongan terawal dan golongan terkemudian serta golongan tertinggi sehingga hari Kiamat.(riwayat Al-Sya’rani di dalam Kasyf Al-Ghummah;Al-Sakhawi di dalam Al-Qaul Al-Badi)
Bersama ini ummi titipkan beberapa kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w……………
· Diriwayatkan daripada ‘Abdul bin Mas’ud r.a.:sabda Rasulullah s.a.w.:”orang yang lebih utama(dekat)denganku pada hari Kiamat ialah orang yang banyak berselawat kepadaku.”(dikemukakan oleh At-Tirmizi dengan menilainya Hasan dan Ibn ‘Asim).
· Daripada Anas b Malik r.a.:sabda Rasulullah s.a.w. : “sesiapa yang berselawat kepadaku sekali , Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya 10 kali dan menghapuskan 10 kesalahannya.”(riwayat Imam Ahmad).
· Sabda Rasulullah s.a.w. : “sesiapa yang sukar menunaikan hajatnya hendaklah ia memperbanyakkan selawat ke atasku.Sebab ia melapangkan kebimbangan , kedukacitaan , kesusahan , memperbanyakkan rezeki serta menunaikan hajat.”(menurut Al-Sayuti hadis ini adalah sahih ).
· Sabda Rasulullah s.a.w. : “sesiapa yang ditimpa sesuatu kesusahan hendaklah ia memperbanyakkan selawat ke eatasku sebab ia menguraikan simpulan dan melapangkan kesukaran.”
Sama-samalah kita dambakan cinta Allah dengan kita mencintai insan yang dicintaiNya…………….Ya Allah Kau lembutkanlah hatiku dan anak-anakku untuk mencintai dan menyanjungi kekasihMu agar kami tergolong di kalangan hambaMu yang Kau kurniakan syafaat dan perlindungan di hari tiada perlindungan selain perlindungan Mu Ya Allah…………………………..Aamin Ya Rabbal Alamin……………..
Yang menyayangimu…
Ummu Usamah…
22 Rabiul Awal 1431 H
Teratak Guru.
Gombak….
Sunday, June 13, 2010
0pSS!! CCTV di mana-mana???

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun maka dia akan melihat balasannya." (Surah Al-Zalzalah, ayat 7-8)
"Wahai anakku! Laksanakanlah SOLAT dan suruhlah manusia berbuat yang makruf dan cegahlah mereka dari yang mungkar, dan bersabarlah menghadapi apa yang menimpamu." (Surah Lukman)
Wahai para pengumpat,
"Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela" .."Pasti akan dilemparkan ke neraka Hutamah" (Surah Al-Humazah)
Ingatlah wahai semua insan,
Bertaubatlah sebelum kita terlambat. Sesungguhnya dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin yang sentiasa mengawal nafsu dan godaan syaitan.
"Hadiah berharga bagi orang mukmin adalah kematian." (Riwayat Ibnu Abiddunya, Al-Tabrani dan Hakim)
Janganlah kita teperangkap dengan "CCTV" yang kita cipta sendiri di dunia. Kerana kita akan lihat segalanya semula di akhirat. Dan sesungguhnya akhirat adalah penjara bagi insan yang tidak mengikut suruhan-Nya dan melakukan apa yang dilarang-Nya.
"Sesiapa yang tidak senang menemui Allah, maka Allah pun tidak senang menemuinya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)